Background Image

SJPP Skim Jaminan Proses Automasi (“SJPA”)

Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP)

SJPP adalah sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan. Peranan SJPP pada mulanya adalah untuk mentadbir dan menguruskan dua skim jaminan iaitu Skim Jaminan Modal Kerja (“SJMK”) dan Skim Jaminan Penstrukturan Semula Industri (“SJPSI”) dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan di Dewan Rakyat pada 10 Mac 2009. Pakej rangsangan tersebut diwujudkan untuk meningkatkan tahap keyakinan pelabur asing dan tempatan dalam ekonomi Negara. Oleh kerana sambutan yang menggalakkan daripada syarikat-syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (“PKS”), Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM3.0 bilion lagi kepada SJMK dibawah Rancangan Malaysia ke 10 (“SJMK RMK10”) dimana RM1.5 bilion untuk syarikat-syarikat Bumiputera manakala RM1.5 bilion lagi untuk syarikat-syarikat bukan Bumiputera.

 

Skim Jaminan Proses Automasi (“SJPA”) merupakan satu skim untuk membantu syarikat-syarikat PKS dalam semua sektor untuk mendapatkan akses kepada pembiayaan daripada Institusi-Institusi Kewangan untuk mengautomasikan proses pengeluaran dan mengurangkan pengambilan pekerja asing.

Kemudahan ini boleh digunakan untuk Perbelanjaan Modal (CAPEX) sahaja dan tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh Institusi-Institusi Kewangan yang sama atau lain.

Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat bersama-sama SJPP akan bertanggungjawab untuk menentukan ketulenan pelanggan berdasarkan dasar penilaian kredit dan prosedur masing-masing.

 

Kumpulan Sasaran:

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

 

Kos: Kadar Faedah / Keuntungan ditentukan oleh Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat

 

Maklumat lanjut: http://www.sjpp.com.my/index.php/perkhidmatan/skim-jaminan-proses-automasi-sjpa

Password reset link will be sent to your email