Background Image

SJPP Skim Jaminan Harta Intelek (“SJHI”)

Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP)

SJPP adalah sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan. Peranan SJPP pada mulanya adalah untuk mentadbir dan menguruskan dua skim jaminan iaitu Skim Jaminan Modal Kerja (“SJMK”) dan Skim Jaminan Penstrukturan Semula Industri (“SJPSI”) dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan di Dewan Rakyat pada 10 Mac 2009. Pakej rangsangan tersebut diwujudkan untuk meningkatkan tahap keyakinan pelabur asing dan tempatan dalam ekonomi Negara. Oleh kerana sambutan yang menggalakkan daripada syarikat-syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (“PKS”), Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM3.0 bilion lagi kepada SJMK dibawah Rancangan Malaysia ke 10 (“SJMK RMK10”) dimana RM1.5 bilion untuk syarikat-syarikat Bumiputera manakala RM1.5 bilion lagi untuk syarikat-syarikat bukan Bumiputera.

 

Skim Jaminan Harta Intelek (“SJHI”) merupakan satu skim untuk membantu syarikat-syarikat yang mempunyai Harta Intelek untuk mendapat akses kepada pembiayaan daripada Institusi-Institusi Kewangan dan seterusnya memupuk inovasi dan meningkatkan produktiviti.

Kemudahan ini boleh digunakan untuk Modal Kerja (working capital) dan Perbelanjaan Modal (CAPEX) sahaja dan tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh Institusi-Institusi Kewangan yang sama atau lain.

Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat bersama-sama SJPP akan bertanggungjawab untuk menentukan ketulenan pelanggan berdasarkan dasar penilaian kredit dan prosedur masing-masing.

 

Kumpulan Sasaran:

Syarikat-syarikat yang mempunyai Harta Intelek

 

Kos: Kadar Faedah / Keuntungan akan ditentukan oleh institusi-institusi kewangan yang terlibat

 

Maklumat lanjut: http://www.sjpp.com.my/index.php/perkhidmatan/skim-jaminan-harta-intelek-sjhi

Password reset link will be sent to your email