Kumpulan MIDF menyediakan perkhidmatan kewangan dalam empat bidang teras perniagaan, iaitu, perbankan pelaburan, pembiayaan pembangunan perniagaan (development finance), pengurusan aset / dana dan pembiayaan mezanin. Bahagian Pembangunan Kewangan MIDF menggalakkan pembangunan sektor perkhidmatan dan perindustrian di Malaysia melalui penyediaan pembiayaan bagi syarikat-syarikat Malaysia. Bahagian Amanah International Finance (AIF) pula menyediakan pembiayaan mezanin bagi pemaju hartanah dan pemilik yang mendapatkan pertumbuhan melalui pelaburan dalam sektor ini. Rangkaian produknya termasuk pembiayaan Islam dan konvensional, daripada profesional-profesional kewangan dan perbankan yang berpengalaman.
SLSCD telah dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia di bawah Dana Pembangunan Kapasiti Sektor Perkhidmatan Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama untuk membantu dan menaiktaraf syarikat dan entiti perkhidmatan ke arah usaha memodenkan dan mempelbagaikan aktiviti tambah nilai yang lebih tinggi serta meningkatkan produktiviti dan kecekapan penyampaian perkhidmatan. Tujuan pelancarannya adalah untuk menangani kesan liberalisasi ke atas penyedia perkhidmatan tempatan dengan menyediakan bantuan kewangan bagi meningkatkan kapasiti untuk menghadapi persaingan disebabkan liberalisasi serta memperkukuhkan tahap daya saing diperingkat antarabangsa.
Perkara yang layak untuk pembiayaan merupakan perbelanjaan yang akan dilakukan bagi menaiktaraf dan memodenkan operasi termasuk pembelian peralatan, perkakasan dan perisian serta kos pembangunan yang berkaitan bagi tujuan mempelbagaikan nilai yang lebih tinggi – aktiviti tambahan dan meningkatkan produktiviti dan kecekapan penyampaian perkhidmatan.
Kumpulan Sasaran:
Syarikat dan Perusahaan dalam Sektor Perkhidmatan
Kos:
Faedah / Kadar Keuntungan sebanyak
Borang yang boleh dimuat turun
Maklumat lanjut: http://www.midf.com.my/index.php/en/what-we-do-en/sme-financing