Background Image

MIDF Skim Pinjaman Mudah Bagi Pengeksportan Perkhidmatan (SLSSE)

Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF)

Kumpulan MIDF menyediakan perkhidmatan kewangan dalam empat bidang teras perniagaan, iaitu, perbankan pelaburan, pembiayaan pembangunan perniagaan (development finance), pengurusan aset / dana dan pembiayaan mezanin. Bahagian Pembangunan Kewangan MIDF menggalakkan pembangunan sektor perkhidmatan dan perindustrian di Malaysia melalui penyediaan pembiayaan bagi syarikat-syarikat Malaysia. Bahagian Amanah International Finance (AIF) pula menyediakan pembiayaan mezanin bagi pemaju hartanah dan pemilik yang mendapatkan pertumbuhan melalui pelaburan dalam sektor ini. Rangkaian produknya termasuk pembiayaan Islam dan konvensional, daripada profesional-profesional kewangan dan perbankan yang berpengalaman.

 

Skim Pinjaman Mudah Bagi Pengeksportan Perkhidmatan (SLSSE) dilancarkan untuk meningkatkan daya saing Penyedia Perkhidmatan Malaysia (MSPs) di luar negara serta untuk meningkatkan akses dan memperluaskan eksport MSPs di pasaran global dengan menawarkan pinjaman sebanyak RM 50,000 – RM5 juta kepada Penyedia Perkhidmatan Malaysia (Malaysian Service Providers-MSP). Sektor pembiayaan adalah perkhidmatan (tidak termasuk kewangan, insurans, dan subsektor pelancongan).

 

Kumpulan Sasaran:

Penyedia Perkhidmatan Malaysia (MSPs)

 

Kos: Faedah/Kadar Keuntungan sebanyak 2.0% setahun ke atas baki tahunan

 

Borang yang boleh dimuat turun

 

Maklumat lanjut: http://www.midf.com.my/index.php/en/what-we-do-en/sme-financing

Password reset link will be sent to your email