Background Image

MIDF Pinjaman Mudah untuk Usahawan Automotif Bumiputera (SLBAE)

Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF)

Kumpulan MIDF menyediakan perkhidmatan kewangan dalam empat bidang teras perniagaan, iaitu, perbankan pelaburan, pembiayaan pembangunan perniagaan (development finance), pengurusan aset / dana dan pembiayaan mezanin. Bahagian Pembangunan Kewangan MIDF menggalakkan pembangunan sektor perkhidmatan dan perindustrian di Malaysia melalui penyediaan pembiayaan bagi syarikat-syarikat Malaysia. Bahagian Amanah International Finance (AIF) pula menyediakan pembiayaan mezanin bagi pemaju hartanah dan pemilik yang mendapatkan pertumbuhan melalui pelaburan dalam sektor ini. Rangkaian produknya termasuk pembiayaan Islam dan konvensional, daripada profesional-profesional kewangan dan perbankan yang berpengalaman.

 

SLBAE telah ditubuhkan dan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia bagi membantu usahawan Bumiputera yang memiliki Permit Terbuka (AP) untuk mengembangkan dan mempelbagaikan perniagaan berkaitan automotif atau sektor perniagaan lain di samping untuk mengekalkan dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam industri automobil.

Butiran Yang Layak Untuk Pembiayaan:

  • Pembelian tanah & pembinaan bangunan atau pembelian bangunan yang sudah siap
  • Pengubahsuaian/peningkatan pusat perkhidmatan
  • Pembelian mesin/peralatan baru/terpakai/baik pulih
  • Pembelian aset tetap lain yang berkaitan dengan industri automotif
  • Kos yang terlibat atau yang akan ditanggung dalam mendapatkan status pengedar automotif daripada pemegang francais yang sedia ada
  • Modal kerja

 

Kumpulan Sasaran:

Usahawan Bumiputera yang memiliki Permit Terbuka (AP)

 

Kos: Kadar Faedah / Keuntungan sebanyak 3.5% setahun ke atas baki tahunan

 

Borang yang boleh dimuat turun

 

Maklumat lanjut: http://www.midf.com.my/index.php/en/what-we-do-en/sme-financing

Password reset link will be sent to your email