Background Image

KOJADI Projek Pemnodenan Bengkel Automotif (ATOM)

Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI)

Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) ditubuhkan untuk menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman pembelajaran kepada ahli-ahlinya dan keluarga mereka untuk melanjutkan pengajian di dalam dan di luar negara. Sejak 2012, KOJADI telah mempelbagaikan pinjamannya kepada pinjaman perniagaan seperti Pinjaman Kredit Mikro dan TUKAR / ATOM (Di bawah Program Transformasi Ekonomi dan skim pinjaman Usaha Kecil dan Sederhana.)

 

Projek Pemnodenan Bengkel Automotif (ATOM) merupakan inisiatif yang telah dicadangkan sendiri oleh pihak industri dalam makmal NKEA bertujuan untuk memoden dan mentransformasikan sektor industri perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan automotif yang bertaburan dan tidak tersusun. Dengan menaik taraf standard sektor ini, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik dan para mekanik/juruteknik boleh memperoleh pendapatan yang lebih tinggi.

Skop Pembiayaan:

  • Pengubahsuaian / menaik taraf premis perniagaan
  • Pembelian mesin atau peralatan
  • Modal kerja (tidak melebihi RM 20,000 atau 20% daripada jumlah pinjaman)

 

Kumpulan Sasaran:

Industri perkhidmatan pembaikan automotif

 

Kos: Kadar faedah sebanyak 3% setahun akan dikenakan

 

Permohonan online

 

Maklumat lanjut: http://kojadi.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=142&Itemid=961&lang=en

Password reset link will be sent to your email